Wednesday, 16 November 2011

!nTroDuCT!oN

TQ TO MY BELOVED MY FRIEND,DYANA SBB SUDI TAG MIMI SEKALI... hehehe.. okey,,sekarang mimi akan jawab segala soalan yana tu dgn tepat, n bertepatan..huhuhu

1.nama penuh

nama penuh saya ialah peah binti januari..hehehe.. xdelah, nama sebenar telah pun diberikan oleh ibu saudara saya iaitu Nur'ain Syamimi.. cantik tak nama tu???
2.da berpunya? nama? 

asew2 nye da berpunyer ke blom erk?? huhu..blom..^_^.masih single bingle lagi.. sbb nak kawin dgn anak raja..hehehe..(kuat nye berangan..)kekasih hatiku ialah miazen.. nama teddy bear boy,,girl plak miazara..hehehe.diorang jantung hatiku

3.tempat yang korank suke lepak

tempat yg mimi suka lepak biasew nye pustaka..lepak dgn buku2 n novel..mimi suka dgn suasana perpustakaan..senyap.sunyi.tenang.damai. dan mimi suka tgk buku2 yg banyak.. woi,,kan best kalau mimi ada sebuah perpustakaan yang besar kat umah.. confirm xmakan sbb duk menghadap buku jew..hehehe.. kedai buku pun merupakan destinasi yg wajib mimi hadiri..huhu
4.sayang sape? nama?


first sekali mimi sayang ALLAH SWT.. pastu Rasul dan seterusnya bonda ku ZAILANI BINTI HAMZAH,and ayahandaku KARAMI BIN AWANG.guru-guruku yg mangajarku tanpa mengenal erti mengalah,putus asa,penat lelah shgga anak muridmu ini berjaya. kpd adik beradik ku,,walaupun kita bgaduh,bergusti,,korang tetap dihatiku..sayang u all,ablong,abg ja,aiman,irah,leen,jannah,n qalesya. serta rakan2 ku,,tanpa korang,,sapa laa tempat ku untuk ku berkongsi masalah n kegembiraan..mimi bahagia apabila korang ada disisiku..mimi sayang korang semua..
5.sape BFF korank ?


nur aisyah,nurhidayah,farah dyana,nur fatimah,noru azma,nur fatihah, nur syairah, nur ain shazwani zalikha...tetap ku kenang korang walaupun ada yang lama dah tak jumpa
6.hobby


bace novel,menyanyi,hehehe,,suka senyum n gelak(hobi jgk ke???)

7.ambition


doktor pakar sakit puan(doakan ku supaya dapat mencapai cita2 ku)
8.matlamat hidup


gagal sekali bukan gagal selamanya..
9.lagu yang buat korank happy


neverland,2pm... 
10.lagu yang buat korank sedih


st12 jangan berubah
11.k0men la ttg blog ni 

cantik,cute,miut,hehehe
                                          luv my friends so damn much...

Friday, 11 November 2011

kErAnAmU AkU bElAjAr...

Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...
-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku...
-Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
-ttpi,ssuatu yg tak bisa aku pelajari yaitu,
"harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain... :(


AKU TIDAK BERHARAP UNTUK MENJADI ORANG YANG TERPENTING DALAM HIDUPMU
KERANA ITU MERUPAKAN PERMINTAAN YANG TERLALU BESAR BAGIKU...
AKU HANYA BERHARAP SUATU SAAT NANTI JIKA KAU MELIHAT KU....
KAU AKAN TERSENYUM DAN BERKATA...
"DIALAH ORANG YANG SELALU MENYAYANGIKU"


Thursday, 10 November 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



MY DAD:Karami bin Awang
             :02.09.1964
             :Pasir Mas,Kelantan
             :Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia
                                                                            YOU ARE MY HERO, DADDY!!!

9.11.2011

Pada 9.11.2011 iaitu pada hari rabu,mimi dan geng2 telah pergi ke hotel Tanjung Vita.. Woww,, best tu.. hehehe.. kehadiran kitaorg kat sana sbb nak ambik hadiah utk pertandingan membangunkan bahan pembelajaran kendiri matematik menggunakan aplikasi geometri's sketchpad(GSP) Negeri Terengganu.. Kerajaan Terengganu telah menghabiskan wang sebanyak 3juta nak beli aplikasi gsp nie.. so kepada semua rakan2 ku diluar sana belajar laa bagaimana nak guna aplikasi ni.. bagus utk guru2 juga supaya senang nak mengajar.. terutama guru2 yang mengajar matematik. Pada awal tahun depan pertandingan ni akan diadakan lagi.. mimi berharap lebih banyak sekolah yang akan menghantar peserta utk menyertai pertandingan ini.. sesungguhnya,,pertandingan ini amat berbaloi utuk masa hadapan...

ok,,sekarang mimi nak citer plak mase mimi pergi kat hotel Tanjung Vita tu.. kat sana mimi ada jumpa mimi punyer SA(secret admirer). hanya Allah sahaja yg taw perasaan ni.. mase tu bahagia,gembira,terharu sampai nak meleleh air mata pun ada sbb dah lama tak jumpa SA. Meja makan kitaorg kena share dgn sklh SA mimi.. so mimi ingat ke sklh SA mimi tu tak datang..sbb mase hari pertandingan tuh sklh SA mimi tu tarik diri.. ruper2 nye sklh SA mimi pergi bertanding pada hari keesokkan tersebut.. akhirnya,,ku telah temui SA ku..hehehe..rindu dia.dah lama tak jumpa.sebenarnya malu bila berdepan dgn dia..tapi hari tu rase mcm biasew je..xde lgsg perasaan berdebar.klu sblm ni asew mcm nk pgsan bile bjumpa..hehehe..tp hari tu asew lain...knpe erk????ade pape ke??huhuhu

sekarang ni mimi nak citer pasal kemenangan plak.apa2 pun seklh mimi dpt tempat ke5 mse pertandingan tuh.johan sma setiu,ke2 lebest,ke3 smk saujana,ke4 smk sg tong n ke5 sklh kitaorg..tahniah kpd sklh yg telah memenangi tempat.huhu..wlupun sedikit kehampaan,, tapi kitaorg ttp happy..sbb kitaorg hanya bt semua tu dlm mase satu hari.lepas ni perlu berusaha lebih lagi tuk dapat tempat pertama. mimi nak ucap kepada adik2 sekolah sma setiu sbb sudi tlg ajar kitaorg nak bt pergerakkan tranformatin tuh..wlupun mase tu last minute..so mgkin berkat korang ajar kami,,korang dah dapat tempat pertama.. semoga kita akn berjumpa lagi pada tahun hadapan budak2 comel n cute sma setiu...

                                                          aku dan si dia....hehehehehe

ok,,sekarg dah lewat dah.pkul 12.22a.m.mase utk mimi tido.mimi out dulu..klw ada masa lapang lagi,,nanti mimi nak share byk lg dgn readers tntg mimi..luv u all.. muaaahhhh..hahaha

IBU,KAULAH INSPIRASI HIDUPKU...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

Jasa Seorang Ibu Tidak Terkira, Sayangilah Ibu Sementara Mereka Masih Bernafas Di Dunia Ini. Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu. Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak. *Zailani Hamzah ialah ibu inspirasi terbesar bagi saya.iluvumom*




Thursday, 27 October 2011

mr A dalam hati masih ada taman

dulu mimi ada mr A.hubungan mimi and mr A xde laa sampai jinjing pelamin.. melampau sgt laa tu.. tp sekarg kita dah tak berhubung dah..mimi sndiri pun xtaw kenapa.. mgkin sbb terserempak secara xsengaja masa tu kot.. kot kot laa..mimi agak-agak je...hehehe.cuma mimi pasti dia dah alert akan kewujudan mimi kat situ. tp kami xde laa bertegur sapa..buat xtaw jew..mcm xkenal..yelaa,,first time tu baru tgk pasangan..hehehe. rase mcm nak tercabut jantung walaupun terserempak tnpa sengaja..tp bahagia..huhu. lagi pun mmg perangai mimi tak suka ckp dgn budak llaki,melainkan hari tu dia tegur n memulakan bicara dulu..bukan mimi sombong tapi spesis "Gadis Melayu Terakhir"katakan,mmg macam tu..tp mimi kalau bab berangan mmg terer.

sebelom ni dia belom pernah pun jumpa mimi.mgkin sbb tu kot dia xtegur..malu..control macho laa katakan. mimi jew pernah jumpa dia. mse tu ada kem form3 kat smk sg tong.. mse tu lg mimi d aminat dia taw..hehehe.(pecah rahsia) tp mimi pendam je lam hati..bt tak taw jew..just intai2 dia dr jarak jauh..huhu..6 march 2011 mimi add dia lam facebook. mse tu mimi xtaw pun tu dia yg mimi minat dulu.. lepas jew kenal bberapa hari,baru mimi perasan yg dia tu org yg mimi minat dulu..sukenyer!!!! lepas tu pun dia mintak no fon mimi..tp mimi xkasi..mimi suh dia kasi no fon dia dulu..baru mimi kasi mimi punyer no fon..suke nye bila org yg kita minat mintak no fon kite...rase nak terbang bersama2 burung di atas awam tu..hehehe.. lepas tu baru laa kita bercouple-couplelan..biase laa,,cinta dinasour mse remaja mmg mcm ni...indah belakew.

kembali kepada cerita sebelum nya,lepas jew peristiwa hari tu 5september 2011 terus jadi diam. hari tu,,bila mimi wish birthday dia,09092011,dia langsung xbalas..sekurg2 nya ckp laa terima kasih..ni tak,lgsg xreplay msg.. sedih nya.sejak tu laa,,kitaorg menyepi smpai sekarng..

bukan senang mimi nak suke kat seseorang..tapi bila dah tersuke,,mmg bayangan saja wajahnya pun dah boleh bt mimi selesaikan masalah soalan addmath..hhehe..owh,,citer pasal addmath,,dia pun terer jgk addmath.kirenya lam kelas tu dia antara top five dlm kelas sbjek addmath..rasenya lahh..huhu.mimi selalu tnye dia bila xpham..dulu-dulu laa.mse tgh bercinta dinasour dulu... angau ke mimi ni???tak laa..tp bila langau hinggap kat muka mimi,,mmg tak pulak mimi sedar..

bila hati tenang,otak pulak cerdas,apa yg kita buat semuanya menjadi..maknanya bila ada "subjek matter" sebagai sumber memotivasikan diri,dalam pelajaran kita akan jadi lebih rajin.ya,,mmg mimijadi bersemangat bila kenal.nakbelajar bersungguh2..nak terer addmath mcm dia jgk..dia ni kirenya sumber inspirasi mimi jgk laa lam belajar ni.malah dalam sukan pun boleh tahan,,tiba-tiba jadi terer.. itu lah yg terjadi kpd mimi.. tak tahu kenapa,tapi mgkin sel-sel badan dan metabolisme dalam badan bergerak aktif sekarang.. dan mungkin juga kerana DIA,mr A...muhammad aizuddin bin hamzah.

persoalannya,,adakah mr A ni pun suka kat mimi??? Atau cuma mimi yang main badminton sebelah tangan??? tp apa kata janji2 manis dia tu...hmmm,,,tipu jew semua tu..dia sendiri yg ckp jgn tggalkan dia,,tp last2 dia yg tgglkan kita...mmg mcm tu ea manusia??? xtaw laa mimi.. kalau dh xsuka baik berterus terang..cakap btul2..cakap laa dah ada orang lain..mimi tak marah laa.. mimi lagi bahagia bila dia bahagia dgn org lain..kebahagian dia,,kebahagian mimi jugak.. jgn laa buat mimi ni mcm gantung tanpa bertali leher.. cakap laa..jgn laa seksa perasaan mimi ni...

Tinggal kenangan... perasaan paling best dalam dunia ni adalah perasaan cinta..tak kira la cinta kepada sesiapa pun..ayah,ibu,sahabat,kekasih atau haiwan sekali pun.. hargai dan peliharalah perasaan itu selagi ada,kerana cinta tak dijual mana-mana..
p/s-buat muhammad aizuddin bin hamzah,kalau nak kawan lagi dgn mimi,contact laa saya yer.. mimi daa tak malu dahh...peace..tc 4 u..

Tuesday, 25 October 2011

Baru...


First,sy akan intro diri sya who is cute girl..hehehe.. my name is nurain syamimi bt karami. saya masih baru dlam blog nie..so, please...tlg ajar saya tentang blog.how to edit,design and more.
sebab-sebab yg membuatkan hati sy trgerak hati utk buat blog
  • tengok blog kawan-kawan..menarik sgt bace blog diaorg. huhu
  • perasaan ingin memcuba sesuatu yang belum prnh lagi cuba.
  • nak jugak rase menerokai 'dunia' sbgai blogger ni..hehehe
  • jealous laa tgk kawan2 ada blog jgk.. tak nak ar diri kita ni nanti mcm 'katak di bwh tempurung'. btol x???       
skrg dah pukul 12:37 a.m. selamat mlm reader..hehehe.. jom tido

sebelum tidur ambik dulu air sembhyg,bace doa tidur then pejam mata... gudnite..^_^